Bagaimana semuanya bermula?


Bismillahirahmanirahim.



Bagaimana semuanya bermula?



Kali ini, biar platform ini menjadi diari tentang kami untuk kami ceritakan bagaimana kami bermula dengan keluarga Amway pada masa akan datang.




Segalanya bermula dengan peristiwa untuk memberikan hadiah Periuk Noxxa kepada ibu kesayangan pada tahun 2020.




Ketika itu, waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dijalankan.  Oleh itu, pergerakan agak terbatas.




Dan bermula detik itu, kami diberikan pelbagai ilmu oleh Puan Salina Shahabudin.  Bermula tentang produk Amway.  Kemudian, beliau berkongsi tentang keistimewaan sebagai ahli.  Dan bagaimana kita boleh menjana pendapatan melaluinya.




Terus terang saya katakan.  Saya agak skeptikal pada mulanya.  Tetapi saya puji sikap Puan Salina kerana beliau tidak putus asa dan secara ikhlas menjawab segala persoalan.




Dari situ, beliau memberikan lebih banyak peluang untuk kami menimba ilmu.




Allah. 






Dari situ saya boleh katakan ianya memberikan satu ‘turning point’ untuk saya memulakan bisnes ini.  Bukan keuntungan yang kami kejarkan.






Produk Amway yang pertama kami beli dan guna



Niat kami hanya untuk membantu dan berkongsi kepada keluarga, sahabat dan kenalan kami tentang apa istimewanya Amway ini.




Tiada paksaan.  Tiada KPI bulanan.  Tiada tekanan.



Semuanya bergantung kepada kita sendiri.




Kita kongsi kebaikan.  Kita kongsi pengalaman.  Kita kongsi ilmu.




Syukur kerana Allah mendorong kami berjumpa dengan Puan Salina, Puan Shimah dan Tuan Syed dari GPG  Diamond Group.






Ini adalah permulaan buat kami berdua.




Doakan bersama agar kita semua 






"Qayya Harta, Qayya Hati"  |  "Qayya Dunia , Qayya Akhirat"









Cikgu Noorartina & Cikgu Amir


0 comments:

Post a Comment